Profil Jabatan
JabatanBahagian Pengurusan Sumber Manusia
Ketua JabatanSetiausaha Bahagian
Cik Zaidah Binti Mohamad Jaman
AlamatKementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 1-5 dan 14, Blok E12, Komplek E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan W.P. Putrajaya 62604 Malaysia
Nombor telefon03-88847767 (Kaunter/Meja Bantuan)
Nombor faks03-88886292
Laman webhttp://www.moe.gov.my/bpsm
Alamat e-melpenghubung.bpsm@moe.gov.my
Visi
Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dalam mengurus sumber manusia melalui sistem pengurusan yang berkualiti.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 14 Ogos 2009 03:22 )
Misi
Mengurus sumber manusia Kementerian Pelajaran Malaysia secara cekap, berkesan dan berkualiti bagi mencapai matlamat kecemerlangan Pendidikan Negara.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 14 Ogos 2009 03:22 )
Objektif
  1. Menyediakan struktur organisasi yang mantap dengan bilangan personel di tahap optimum melalui perwujudan dan pengisian jawatan mengikut keperluan atau norma perjawatan yang ditetapkan.
  2. Merancang, Mengurus, dan menbangunkan sumber manusia bagi memenuhi keperluan organisasi selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.
  3. Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni bagi meningkatkan integriti dan jati diri warga Kementerian Pelajaran Malaysia kea rah melahirkan iklim organisasiyang harmonis.
  4. Merancang, mengurus dan melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagiPegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Khidmat Sokongan.
  5. Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kemudahan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Khidmat Sokongan.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 14 Ogos 2009 03:19 )
Fungsi Utama
  1. Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia, kajian pemantapan skim Perkhidmatan Guru dan Bukan Guru, Kajian Norma Perjawatan Guru dan Bukan Guru dan menguruskan Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta mentadbir dan mengurus HRMIS;
  2. Mengkaji permohonan penstrukturan semula / penstrukturan fungsi serta pertambahan jawatan bagi Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Institusi Pendidikan di bawah KPM, mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggran Belanja Mengurus (ABM) dan menjalankan naziran dan semakan perjawatan dan perkhidmatan;
  3. Menguruskan kemudahan-kemudahan dalam perkhidmatan seperti lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke perkhidmatan berpencen, penempatan, pertukaran, pinjaman, kontrak, pertukaran perkhidmatan, pertukaran sementara, cuti, persaraan, maklumat data personel rekod perkhidmatan, pergerakan gaji, saraan, dan elaun serta hubungan Kesatuan/Persatuan, Majlis Bersama Kebangsaan (MBK); dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ);
  4. Mengendalikan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran setara bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan serta menjadi Urus Setia Induk Panel Pembangunan Sumber Manusia; dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri;
  5. Menyelenggara Kes Tatatertib dan Kes Penamatan perkhidmatan demi Kepentingan Awam, mengendalikan urusan pemilikan dan pengistiharan harta, Urus setia Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Mengurangkan Karenah Birokrasi serta melaksanakan program-program integriti, Penerapan nilai Islam, Pengukuhan Integriti, Perkhidmatan Awan dan Pendekatan Islam Hadhari; dan
  6. Merancang, menggubal, menyelaras, memantau pelaksanaan latihan dan kursus serta menyediakan Laporan Pelaksanaan dan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Kursus-kursus Fungsian, Kursus LDP dan Induksi Perkhidmatan Bukan Guru, Kursus Pendek Luar Negara Di Bawah Peruntukan One-Off Perkhidmatan Bukan Guru KPM, Mengurus Kursus Anjuran JPA/ Badan Asing/ Agensi Swasta, Program Executif Talk  dan mengemaskini Pangkalan Data Latihan.

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
7 Ogos 2009

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 14 Ogos 2009 02:56 )
Piagam Pelanggan
Kami warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memenuhi Piagam pelanggan seperti berikut:
  1. Mengeluarkan surat tawaran guru terlatih dalm tempoh satu (1) bulan selepas dokumen lengkap diterima.
  2. Permohonan berhubung urusan perkhidmatan diselesaikan dalm tempoh satu (1) bulanselepas semua dokumen lengkap diterima
  3. Memproses perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi PPP untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  4. Memproses perakuan kenaikan pangkat bagi PPP secara Time Based untuk dikemukakan ke lembaga kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  5. Menyediakan Kursus induksi untuk Pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Bukan Guru dalm tempoh masa 1 hingga 3 tahun dari tarikh lantikan.
  6. Menyediakan latihan dalam perkhidmatan untuk Pegawai dan Kakitangan Bukan Guru di BPSM bagi memenuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun kepada sekurang-kurangnya bagi 70 peratus pegawai yang berkenaan.
  7. Mengemukakan perakuan Kes-Kes Tatatertib kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib yang berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  8. Menyelesaikan kes-kes tatatertib dalam tempogh masa tiga (3) bulan slepas Pengerusi Lembaga Tatatertib yang berkenaan membuat penentuan kes dan dokumen lengkap diterima.
  9. Permohonan Pemantapan Perjawatan/Penstrukturan semula Jabatan/Bahagian diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh dua (2) bulan setelah permohonan yang lengkap diterima.
  10. Permohonan pertambahan jawatan melalui ABM Perjawatan Tahunan diperakukan ke JPA selewat-lewatnya pada bulan Julai setiap tahun.

 

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 03 September 2009 01:48 )
Struktur Organisasi
  • BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
    • CAWANGAN DASAR DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA
      • UNIT DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA
      • UNIT DASAR DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA (PENDIDIKAN)
      • UNIT DASAR DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA (BUKAN PENDIDIKAN)
      • UNIT MAKLUMAT DATA PERSONEL
      • UNIT PEMANTAUAN & PENILAIAN
    • CAWANGAN PERJAWATAN DAN NAZIRAN
      • UNIT ABM
      • UNIT PENSTRUKTURAN
      • UNIT MAKLUMAT PERJAWATAN
      • UNIT NAZIRAN (BAHAGIAN/JABATAN)
      • UNIT NAZIRAN (SEKOLAH/INSTITUSI)
    • CAWANGAN PERKHIDMATAN
      • UNIT SARAAN, KEMUDAHAN DAN HUBUNGAN KESATUAN (SK)
      • UNIT REKOD PERKHIDMATAN (BRP)
      • UNIT PERKHIDMATAN (GURU)1
      • UNIT PERKHIDMATAN (GURU)2
      • UNIT PERKHIDMATAN BUKAN GURU
    • CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
      • UNIT PENTADBIRAN DAN PENDAFTARAN
      • UNIT PERKHIDMATAN DAN KEWANGAN
    • CAWANGAN NAIK PANGKAT
      • UNIT NAIK PANGKAT SISWAZAH I
      • UNIT NAIK PANGKAT SISWAZAH II
      • UNIT NAIK PANGKAT BUKAN GURU
      • UNIT NAIK PANGKAT II (BUKAN SISWAZAH)
    • CAWANGAN PEMBANGUNAN MANUSIA DAN LATIHAN
      • UNIT PERANCANGAN DAN DASAR LATIHAN
      • UNIT INDUKSI
      • UNIT LDP
      • UNIT PENGKALAN DATA (UPD)
    • CAWANGAN TATATERTIB DAN KEUTUHAN
      • UNIT KEUTUHAN / KARENAH BIROKRASI
      • UNIT PIN (INTERGRITI)
      • UNIT TATATERTIB
Bilangan Pelawat:
StatCounter - Free Web Tracker and Counter
Tarikh Kemaskini: 
27 Mei 2011
oleh
Unit Komunikasi Korporat
Masa Capaian: 
2.276 s 
DASAR & HAKCIPTA 

PENAFIAN

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran.


Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.