Berita Harian bertarikh 16 Mei 2010 – ADAKAN SEMULA PROGRAM SUSU SEKOLAH



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita  akhbar Berita Harian bertarikh 16 Mei 2010 – Adakan semula program Susu Sekolah.
 
Program Susu Sekolah (PSS) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan program sokongan kepada Rancangan Makanan Tambahan yang bertujuan menggalakkan amalan meminum susu dikalangan murid miskin di sekolah rendah di samping memastikan murid mendapat nutrisi yang sempurna. Di bawah program ini murid diberi minuman susu secara percuma. Dianggarkan seramai 700,000 orang murid mendapat manfaat daripada program ini setiap tahun.
 
Pembekalan susu dibawah PSS telah ditangguhkan pelaksanaannya mulai 8 Ogos 2007 berikutan kejadian beberapa siri keracunan susu. Bagi mengelakkan kejadian keracunan susu berulang, KPM telah menetapkan Sijil Hazard Critical Control Point (HACCP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai syarat tender untuk perolehan PSS. Sehingga sekarang belum ada syarikat/pengilang yang dapat memenuhi syarat ini. Justeru itu, KPM mengambil keputusan untuk tidak meneruskan PSS tahun ini.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 

Diterbitkan Oleh: Unit Komunikasi Korporat
Bilangan Pelawat:
StatCounter - Free Web Tracker and Counter
Tarikh Kemaskini: 
22 November 2011
oleh
Unit Komunikasi Korporat
Masa Capaian: 
3.146 s 
DASAR & HAKCIPTA 

PENAFIAN

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran.


Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.